Wednesday, 12 April 2017

Kehidupan Pertama kali Tinggal Di Asrama


Sedikit perkongsian saya tentang kehidupan di asrama. Bagi yang pernah tinggal di asrama memahami tentang segala situasi yang berlaku di persekitarannya ketika pertama kali berada jauh dari keluarga.

Kekangan Dalam Memcari Ilmu



Di sini saya kongsikan sebuah video tentang seorang pelajar yang kurang mampu untuk membeli keperluan sekolahnya disebabkan oleh kekangan hidup yang miskin. Masalah ini telah menjejaskan prestasi pelajarannya. Perhatian oleh pihak luar amatlah diperlukan bagi membantu atau pun memberi sumbangan kepada pelajar yang kurang kemampuan dari segi kewangan.

Friday, 7 April 2017

Persembahan Oleh Para Pelajar


Seperti yang kita tahu, persembahan sering saja di disajikan apabila ada majlis atau pun ceramah yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Persembahan ini bertujuan untuk mengasah lagi bakat anak muda serta pelajar di alam persekolahan. Ia juga menjadi penceria suasana bagi majlis tersebut.

Balik Sekolah


Menanti loceng sekolah berbunyi merupakan sesuatu yang sering kali dinanti oleh para pelajar. Bunyi itu memberi senyuman yang lebar apabila perkataan balik muncul dalam kota fikiran mereka. Setelah itu apa yang berlaku,? Sudah semestinya melepak dengan rakan-rakan sementara menunggu kenderaan yang menghantar ke destinasi yang dituju iaitu rumah.

Peperiksaan


Peperiksaan!!!
Sememangnya bukan sesuatu yang asing bagi seseorang yang digelar pelajar. Disitulah segala usaha yang mereka perjuangkan dinampak dan dinilai dengan sebagaimana mereka memahami soalan, memberi jawapan serta menggunakan masa yang diberikan dengan sebaiknya ketika menjawab segala persoalan.